THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Cara Membuat Aduan

Pengguna boleh membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap mutu barang atau perkhidmatan yang telah dibeli.

Aduan secara terus

A - Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai atau premis peniaga.

B - Berunding dengan penjual atau pengurus kedai.

C - Sekiranya aduan tidak dilayan, buat aduan bertulis kepada penguat kuasa atau kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.  



Aduan Bertulis




A - Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail 

B - Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi.

C - Kumpulkan data atau statistik berkaitan aduan.

D - Rujuk undang-undang berkaitan

E - Buat aduan bertulis dengan ringkas dan jelas serta lampirkan dokumen sokongan

F - Catatkan mengikut kronologi dan pastikan membuat tindakan susulan.