THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Hak Seorang Pengguna

Hak membuat pilihan

Pengguna perlu diberi kebebasan untuk memilih dan menentukan barang atau perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperoleh.

Hak bersuara

Hak bersuara bererti hak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan dalam proses menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan.

Hak mendapat ganti rugi


Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barangan dan perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu dan luput tarikh.




 Hak mendapat pendidikan kepenggunaan

Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka.Pendidikan kepenggunaan juga membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak.

Pendidikan pengguna boleh diperolah melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar, dan ceramah.

 "Buletin pengguna merupakan salah satu contoh media massa"


Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih , berudara nyaman, dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

Hak mendapat keperluan asas

Keperluan asas yang dimaksudkan adalah seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Hak mendapat keselamatan

Pengguna berhak untuk mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat digunakan dan tidak membahayakan kesihatan pengguna

Hak mendapat maklumat

Pengguna berhak diberi maklumat yang mencukupi dan tepat berkaitan barang dan perkhidmatan yang hendak dibeli bagi memudahkannya membuat keputusan yang bijak.

 

Maklumat yang perlu dipamerkan pada label sesuatu barang ialah nama pengeluar, jenama, tanda harga, berat, kuantiti, kandungan, dan juga tarikh luput.




Pengguna berhak dilindungi daripada maklumat palsu dalam pengiklanan, pelabelan, dan amalan lain.