Kuasa pengguna boleh diperlihat melalui:
Pengguna mewakili satu kelompok kumpulan majoriti luas, yang dapat menentukan pasaran jika mengetahui hak-hak dan kemampuan yg dapat dijana jika semua pengguna bersatu hati.
Pengguna mewakili satu kelompok kumpulan majoriti luas, yang dapat menentukan pasaran jika mengetahui hak-hak dan kemampuan yg dapat dijana jika semua pengguna bersatu hati.
Dengan memahami hak-hak serta berani menuntut hak-hak yang diberikan,pengguna mampu mengubah corak pasaran harga serta penawaran harga
Dengan mengetahui keperluan dan hak-hak mereka, pengguna bersama-sama bangun dan bersatu hati bagi menjadi satu suara yang besar, kuat dan berkuasa.
Pengguna perlu sedar bahawa kuasa berada di tangan mereka.Pengguna yang berkuasa adalah pengguna yang mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks.
Walaupun syarikat mempunyai sumber-sumber yang kuat, tetapi pengguna sepatutnya tidak memandang rendah akan kebolehan mereka untuk bertindak balas bagi melindungi kepentingan mereka,ahli keluarga, komuniti dan bumi yang mereka diami.
Yang paling utama, pengguna harus memahami peranan media serta kesannya yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka.
Pengguna perlu mempunyai sikap yang lebih kritikal terhadap apa yang mereka lihat di media.
Melalui kesedaran terhadap media dan berfikiran kritikal, pengguna akan menjadi lebih sedar akan pengaruh media kepada nilai-nilai dan perlakuan mereka.
Oleh itu, mereka dapat meminimumkan kesan tersebut.
Malaysia, seperti juga negara-negara lain, sedang dalam proses untuk pulih daripada krisis ekonomi global.
Hampir semua orang telah mengalami kesannya dalam pelbagai keadaan.
Untuk satu jangka masa yang singkat, jualan di kebanyakan pasar raya telah menurun.
Kebanyakan pengguna mengurangkan pembelian mereka.
Pengguna lebih memilih barangan yang bernilai untuk wang.
Dalam jangka masa yang singkat juga, kebanyakan orang berbelanja berdasarkan keperluan mereka.
Walaupun pelbagai promosi sedang giat dijalankan untuk menggalak para pengguna berbelanja, pengguna perlu bersikap berhati-hati.Ini merupakan masa untuk memikirkan semula corak perbelanjaan, bukan berpatah balik kepada tabiat berbelanja yang asal.
Ia bukan bermaksud berhenti terus daripada membeli belah, tetapi untuk mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan dengan memberikan keutamaan kepada perkara lain seperti keluarga, sahabat, sukan, agama, komuniti dan sebagainya
Bagi memastikan keadaan ini berlaku, kita harus memahami bagaimana budaya pengguna memberi kesan kepada kehidupan, kewangan, psikologi, dan dunia.
Kita perlu mempunyai visi untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Kita harus bertindak bukan secara bersendirian tetapi bersama-sama keluarga, masyarakat dan para pengguna secara keseluruhannya.
Kebiasaannya, kita memerlukan pemangkin yang boleh menggerakkan kita untuk berubah.
Krisis ekonomi merupakan pemangkin yang baik untuk membawa kepada perubahan itu.
Selama lebih daripada tiga dekad kita menikmati harga makanan dan bahan api yang murah.
"Namun keadaan ini telah berubah.
Ini adalah masa untuk kita melakukan perubahan bagi menyesuaikan dengan kedudukan kita."
Kita hendaklah menilai semula corak perbelanjaan dan penggunaan serta mempertimbangkan perbelanjaan yang didorong oleh keperluan kita.
Kita perlu mempertahankan hak kita sebagai pengguna dengan tegas.
Sebagai contohnya, sekiranya anda merasakan caj yang dikenakan oleh bank adalah tidak adil, anda perlu tampil membuat aduan.
Ini kerana, jika lebih banyak pengguna yang tampil membuat aduan, penjual akan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan pengguna.
Apabila pengguna bersatu, kita akan lebih berkuasa di pasaran dalam memastikan peniaga tidak menindas kita dengan dengan sewenang-wenangnya.
Pihak pengeluar/penjual akan akur dengan kehendak kita sekiranya kita bertindak dalam satu pasukan dan satu suara.
Justeru, pengetahuan tentang kepenggunaan menjadi suatu keperluan sebagai pelengkap diri untuk menegakkan hak sebagai pengguna.
Pengguna juga perlu bersatu untuk sama-sama bertindak, umpamanya mengambil satu pendirian kukuh terhadap makanan terubah suai genetik.
Apabila kita dikenakan bayaran bagi sesuatu perkhidmatan yang tidak memuaskan,kita sewajarnya bertindak sebagai satu komuniti dan mengambil satu pendirian yang kukuh terhadap pihak berkuasa yang berkenaan.
Kita juga perlu bertindak sebagai satu komuniti untuk memastikan kerajaan memainkan peranan yang lebih baik dalam melindungi hak kita.
Apabila pengguna dapat menggunakan kuasa secara individu dan kolektif, ia akan menjadikan kita pengguna yang baik, hidup dengan lebih gembira dan bertindak secara konkrit untuk hidup di alam ini dalam keadaan yang lebih sejahtera.